BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 November 2009

Kuih Pau Cik Asmawati



Nie la kuih pau yg aku dh wat tu...lembut je..x keras....nsib bek jadi..kalau x....aku tak nk kongsi resipi ngn korang suma...:)
Resipi ni untuk 10 biji pau..inti ikut suka la...

BAHAN-BAHAN

  • 250g (2 1/2 cwan) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun ok gak )
  • 3 g (3/4) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula kastor
  • 50g ( 1 sudu besar) lemak sayuran/shortening
  • 2g (1 sudu teh ) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung,yis,baking powder,bread softener dan gula kastor di dalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran,uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan
  4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam
  5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  6. Masukkan inti dan tutup kemas
  7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x2") dan susun didalam pengukus.
  8. Rehatkan pau selama 45 minit di dalam kukusan. tutup pau dengan kain lembap yang bersih
  9. Untuk mengukus,didihkan air di dalam periuk pengukus. bila air mendidih,barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. kukus pau selama 10 minit.

Tips:

***air mesti betul2 panas/mendidih bagi mendaptkan pau yang lembut dan gebu

***masak angkat pau yg dh dmasak jgn buka penutup periuk kukus tu lagi..angkat dengan pengukus..biar 2,3 minit baru buka tudung periuk tu. ini utk mengelakkan pau tu dari terkejut dengan udara luar dan bagi mengelakkan pau yg dh kembang jadi penyet..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan