BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 23 Januari 2011

Prince Luv Princess Part 1

Sudah lama dia tidak mencoretkan sesuatu untuk dikongsi bersama orang lain. Sudah hampir lima tahun. Dia  mahu berkongsi kisah cintanya dengan orang lain. Dia coretkan kisah ini buat tatapan insan  yang tersayang.Lelaki itu  hadir dalam hidupnya ketika dia dalam kesedihan selepas berpisah dengan teman lelakinya. Dalam masa yang sama dia mengalami krisis dalaman dengan teman baik. Pada mulanya dia tidak sedar  telah jatuh cinta dengan lelaki tersebut kerana mereka merupakan kawan persekolahan dan kemudian menjadi rakan sekuliah ketika menyambung pelajaran di peringkat Diploma. Betullah orang kata ‘cinta itu buta’.  Prince dan Princess…Itu nama gelaran untuk mereka berdua..

Princess menjadi rapat dengan prince yang   ketika itu berpindah di sekolah teknik di selatan  tanah air .Bermula dengan SMS ucapan hari raya, lama-kelamaan mereka selalu berhubungan melalui sistem pesanan ringkas itu. Itu semua untuk memastikan orang lain tidak tahu tentang hubungan mereka yang semakin akrab. Ketika itu sudah ramai orang mengusik mereka berdua,terutama rakan sekuliah. Pantang nampak princess mesti ada mulut-mulut nakal yang mengusiknya. Rakan-rakan perempuan princess juga begitu. Teman-teman baik princess cuba satukan mereka berdua. Mereka cakap prince dan princess sepadan sebab sama-sama ‘chubby’. Rumah pun dekat-dekat katanya. Kalau pergi kenduri pengantin lelaki boleh naik beca tak pun basikal untuk ke rumah pengantin perempuan.Tetapi princess marah mereka.  Muka princess dah monyok sebab marah sangat.Princess katakan mana mungkin princess bercinta dengan teman baiknya sendiri. Sungguh bagi Princess ianya nampak seperti tidak logik.

1 hari tu..”Princess!  meh cni kami nak kira peratus cinta Prince dkt ko”…”Princess kata Gilo ka ap..nak wat ap?? Kami bukan couple pun..”. “ Ye ke tak couple”,…tipu ek…. “Mana ad…pandai ja….”  “ Ah…x kira nak kira gak!!”. Princess wat dek ja..trus wat assignment…. Tiba-tiba….”Fuyooo…………..Princess..banyak gila peratus cinta korang….Princess Love Prince 82 peratus..tp Prince Love Princess nie tak leh blah la…sampai 99 peratus..1 g ja..memang mndalam nie Princess”…”alah tu no ja pun..nak caya benda tahyul wat apnya”….jawab Princess…Dalam perjalanan balik ke hostel, Princess berfikir ja…ish merepek la…aku kwn ja la…Ntah  apa-apa..Princess  jangan fikir bukan-bukan…lelaki semua sama ja…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan