BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Mac 2011

KABEL BAWAH LAUT...

Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun .

Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa... aku baru ja tau..agk ktggalan aku nie...disebabkan nak smpai ke U.s kena mlalui Jepun..so 8 kabel kita dh rosak..kena ganti lain..so nak smpai ke U.S kena melalui India terus ke U.S..jalan jauh la ckit sebab kena brkongsi dgn rgkaian sana..actually antara kabel bawah laut dengan satelit rupanya kabel bawah tanah/laut lebih laju...Kabel bawah laut itu akan menghantarkan data hingga sebesar 5,12 terabit per detik.






Perkhidmatan internet  mengalami sedikit gangguan teknikal akibat kerosakan sirkit kabel dasar laut yang mana menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, yang mana terletak di Lantau, China, menyebabkan sambungan internet menjadi perlahan.
Walaubagaimanapun, para pengguna hanya akan mengalami masalah sekiranya anda melayari laman web yang dihoskan di Hong Kong ataupun Amerika Syarikat sahaja. Namun begitu, TM telah mengambil langkah awal dengan mengalihkan kepada sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan dan masalah pelayaran laman web.
Buat masa ini, dikatakan kerja membaik-pulih sudah pun dilakukan, namun sekiranya para pengguna memerlukan maklumat tambahan berkaitan dengannya, boleh menghubungi TM secara terus melalui talian 100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan