BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 29 April 2011

Upsi part 3

Sem 4 aku telah ditendang dari hostel..ok aku tak kisah..so bermula la aku sebagai penyewa di No. 21 Taman Bernam..1 sem..pastu owner mintak pindah..pindah la kami semua ke no 23 lak…angkut barang malam tahun baru…time tu dengan bunyi bunga api lawak-lawak..penghuni silih berganti…tapi yang tinggal adalah:


AKU DAN KAK DILA


Aku- Cik Asmawati


 Adila Shuhada a.k.a Kak Dila


Mula-mula kami tinggal di bilik Kak Husna sekarang..pastu pindah bilik kecik ckit sebab ada budak lain nak masuk…aku dengan Kak Dila ok ja kami 2..rapat..kadang-kadang kami wat keja sendiri..masing-masing diam je..(aku la selalu gtu..cakap-cakap gtu je-sori ye..sya mmg gnie bila wat keja.khusyuk ckit…) kadang sembang smpai tak ingat dunia..tambah-tambah bab mengata orang…Roomate aku selama 3 tahun...TAHNIAH !

ECAH(bakal roommate time praktikum nanti), DEELA DAUD, DILA HARIS


Masa aku tinggal di umah sewa baru kenal dengan semua…Ecah aku kenal sebab muka macam Cina sikit..Rupanya dulu dia ingat aku garang sebab aku cakap kuat..sori aku mmg gnie..hahaha..sekarang tak dah kan..Deela Daud dulu aku ingat budak Pendidikan Islam..Siap cuit Ira g bisik-bisik Tanya dia..la….rupanya budak k.h…Dila haris hidup dengan lap top dia..dia leh duduk dalam bilik tanpa kluar dari bilik..ingatkan takde rupanya ada..insomnia punya orang..macam burng hantu..malam berjaga..siang mengantuk…hahaha,betul ke ayat aku nie…


KAK HUSNA DAN SURAYA



Dua –dua baik..Dua-dua leh masuk kepala dengan kami semua..walaupun kos lain..Kak Husna (Pendidikan Islam) dan Su (Sejarah) tapi semua ok..Kak Husna punya baju tersangatla banyak…tak tau camana dia nak angkut semua baju dia…memang banyak koleksi baju la..hahah…lagi satu dia kalau mandi amatla lama…kena ketuk Tanya..(Kak Husna ..lambat lagi ke? Tak tak..nak habis dah…) sebenarnya nak habis dia tu bagi asma lama lagi Kak Husna..hahahahah…..tapi tak pa tak kisah…saya ok..tak sentap pun..su orangnya lembut…banding dengan aku cakap macam nak makan orang…hahahah

INANG DAN IHA




Dua-dua budak Sabah..Inang dah lama aku kenal since sem 1 sebab kami pernah jadi roommate..Iha budak yang bijak…suka berfikir..aku kalau tak dapat keputusan baik aku tido je..dia tak mesti cari jawapan sampai jumpa…hahahah..inang lak blogger jugak minah nie..dia jenis tak kisah..masuk ja dengan semua orang..jenis wat keja sendiri…study semua sorang-sorang..macam aku gak suka study sorang-sorang sebab aku nie slow sikit nak faham semua benda…

IRA DAN NIDA




Ira seorang yang brutal…kasar skit orangnya..sama mcm aku..dia dengan aku sama ja cakap kuat..kalau kena maki dengan dia biasa la..(nak kawin dah dia)..dulu tak rapat pun..tapi sejak tanggal serumah rapat la..selalunya aku,dia dengan kak dila bersama ke mana saja hatta ke kedai..hahahah…Nida lemah lembut orangnya..Best Student dekat cnie…dalam rumah nie ad 3 orang bdk lmbut bagi aku..su,Iha dgn Nida..yang lain brutal…hahahah

GEE


Budak baru dlam rumah nie..sebelum nie tggal kat hostel..lepas tu kena buang hostel..so kami bagi dia tggal dgn kami..lgipun blk bawah kosong..dia kalau cakap tak dak sapa leh potong..memang penghibur hati kami….yang tak ramah pn akan jadi ramah bila bercakap dengan dia..

Best tinggal dengan korang semua..walaupun sekejap..banyak kenangan kita..walaupun mula-mula masing-masing wat keja sendiri… tapi lama-lama kita dah jadi NGAM jugak kan…Yang tinggal di Semenanjung boleh la jumpa jugak kalau lalu di situ..tapi yang di Sabah ni tak taula…ada jodoh jumpa la kita…aku nak sangat 10 tahun g kita wat reunion jumpa balik..bawak family masing-masing (kawin dah kot masing-masing)…sedih la plak part nie..tadi masa Ecah balik aku sedih ja..tapi tak mau la tunjuk sangat…nanti masing-masing bawak haluan sendiri dah..ada masalah pun susah nak kongsi sama-sama..kawan-kawan baru nanti belum tentu macam kawan-kawan sekarang kan…jadi cikgu yang baik..memang kita dah dilahirkan sebagai seorang GURU..hidup perlu diteruskan..memang ni putaran Roda Kehidupan..yang bertemu mesti akan berpisahkan..


Aku mintak maaf dekat semua Geng No 23 Taman Bernam kalau ada terkasar bahasa…aku nie lazer..aku mengaku wei..hehehe..kalau ad terambil sambal ke, ayam ke, kicap ke ,sos ke..apa-apa je la..halalkan tau..aku syang dekat hampa semua…Terima Kasih bantu aku selama nie….Kita kena terima perpisahan nie..redhakan la..adat kehidupan…ada jodoh… kita akan bertemu so bertemula kita nanti..Jaga diri baik-baik semua…jadi manusia yang solehah..Aku doakan semua akan menemui kebahagiaan dunia dan akhirat..jauhkan kita semua dari segala masalah..Insyaallah..Amin…AKU SAYANG KORANG SEMUA L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan