BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 13 Februari 2011

Jodoh : JAngan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu banyak memberi harapan kepada seseorang... Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


Sedangkan jika kamu memafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Menyenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan . Kelak nasi itu basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. menyayangimu..Mengasihanimu..Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar  Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan menyesal...

Menarik nafas panjang aku..5 tahun lepas dia pernah hantar mesej ni banyak kali sangat..tp handphone aku tak dpat terima..sebab inbox full..bila aku delete msg sebelum nie mmg banyak kali dia hntar..lebih 10 kali kot..siap pki hp mak dia lagi..sbb dia ingt hp dia rosak..sbb 'delivered message x dpt dpt'..kelakar ingt blik...hehehe...(awak sebenarnya saya l_ _ e awak.... )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan